Monday, April 27, 2009

Kamulah pembentuk Ummah esok hari!!!


Posting saya yang terdahulu (tanpa tulisan) hanya saya selitkan clip video ringkas tentang anak kecil yang sangat mengujakan. Apa yang membuatkan anak2 itu hebat sedemikian rupa? Saya teringat satu artikel yang pernah saya baca satu ketika dahulu berkisar tentang bagaimana bapa kepada Luqman al-Hakim mendidiknya sebelum kelahirannya lagi. 40 tahun sebelum Luqman al-Hakim lahir! Bagaimana?

Sepertimana bapanya, Luqman al-Hakim juga dikurniakan anak-anak yang baik budi pekertinya, elok akhlak dan kuat imannya. Pernah seorang sahabatnya bertanya, "Bagaimanakah kamu mengajar anak-anakmu sehingga mereka elok sedemikian rupa?"Lalu jawab Luqman:

"Saya mendidik anak saya sebelum mereka lahir lagi, bahkan sebelum saya berkahwin!"

"Bagaimana mahu mendidik anak sebelum mereka lahir?" Luqman menjawab lagi.

“Didiklah diri kamu dahulu. Jadilah seperti mana anak yang kamu inginkan!”

Manakan ada acuan yang bulat menghasilkan kuih berbentuk empat segi. Benar sahabat2, terkadang kita inginkan yang terbaik dari orang lain, tetapi kita sendiri tidak ada usaha untuk berubah ke arah itu. Demikian jugalah dengan anak2, kita inginkan anak2 yang soleh, rajin, baik, berhati mulia, pemurah, dihormati dan disayangi semua orang. Tetapi kita? ada usaha kita dari sehari ke sehari ke arah itu?

Anak-anak itu generasi, ummah yang dinanti-nanti. Mereka itu ibarat kain yang putih bersih, tangan manakah yang mencorakkannya? Tiada tangan lain melainkan milik 'ini'.

Teringat saya pada anak buah saya waktu usianya 5 tahun, meminta duit dari saya, "Arif nak buat apa?" tanya saya. "Nak gi beli". Kadang-kadang saya terfikir nak meraikan hajat anak-anak kecil ni. "Ok, boleh... tapi Arif minta dengan penjual tu macam ni : Saya nak makanan yang halal, dan yang boleh buat saya jadi pandai." Saya intai dari jauh gelagat peniaga tu, tergaru-garu kepala mungkin memikirkan makanan berkhasiat apa yang sesuai diberi... :)

Kepada para ummahat, akhawat2, sahabat2ku... sedarkan kalian, rahimmu itu bakal terisi dengan apa? Bagaimana dan sejauhmanakah kalian menjaganya? Pernahkah kalian teringat kepada bakal penghuni rahimmu itu saat menikmati makan minum yang entah dari mana sumbernya? Antara halal, haram, khasiat, sedap, syubhah, nafsu... Pernahkah kalian fikirkan? Ah, itu semua soal remeh, tak perlu difikirkan... yang penting seleraku tidak sesekali tergantung. Nah, jika begitu... teruskan usaha kalian ke arah pembentukan generasi ke arah itu...

Jika sebelum lahir lagi sudah ada syarat2 mendidiknya, apatah lagi jika sesudah lahir. Saya pernah terbaca pesanan Saidina Ali tentang didikan anak:

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

  • 7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
  • 7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
  • 7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.


Kadang-kadang ibu bapa sudah pun berusaha mendidik anak-anak sebaiknya seawal mungkin. Tetapi Allah menginginkan yang 'lain'. Bagaimana pula?

Penawar ini saya sedut dari sebuah artikel:

  1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
  3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan bacalah surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi itu dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah moga-moga kaedah ini dapat membantu usaha kita.
Simpulannya, saya seru sahabat2, ayuh sama2 kita corak generasi hadapan bermula dari hari ini, kerana saya, anda, mereka, dan dia adalah penentu baik buruknya hasil seni lukisan yang dihasilkan.




4 comments:

Anonymous said...

emmmm kesalnya, kite dah bertahun hidup, banyak yang dah kite sia2kan... macamna la anak2 kite nanti....

ummu muslim said...

mulalah dari sekarang..masih belum terlambat...insyaALLAH...

your twin-rini said...

marilah kite sama berusaha tingkatkan amalan diri, moga2 kite dikurniakan pewaris2 yang bakal menjaga maruah agama, insyaALLAH

aku yang kesal said...

demi tuhan aku rindu saat dulu, dimana aku sentiasa rindu padaMu, setiap malam ku, aku rindu sujud padaMu, dimana aku yang dulu....